Followers

Saturday, September 25, 2010

Syukur

Syukur.Ya Allah...!!!


Ku panjatkan kesyukuran di atas dugaan buatku di bulan Syawal ini,
tidak sesekali aku menyesal dan terkilan dengan takdirmu ini,
aku terima segala QAda dan Qadar mu,
Ujian ini menyedarkan aku,
memberi pengajaran buatku..

Walaupun aku masih merasai lagi keadaan itu ketika ini,
aku tetap bersyukur...

aku bersyukur
KERANA Kau masih menyelamatkan aku
KERANA Kau masih memanjangkan nyawaku
KERANA Kau masih memberi kesempatan untukku menikmati hidup ini...
biarpun dugaan aku tidak seberat dugaan yang dihadapi penduduk Palestin
yang diserang tentera israel di luar sana.



ia mengajar aku untuk bersyukur bahawa apa yang Kau pinjamkan,
HANYALAH SEMENTARA....

Jika ditakdirkan bukan mulut aku menjadi mangsa..
mungkin mata....
tidak mgkin dapat ku melihat dunia ini lagi,
tidak mungkin dapat ku menaip kata2 ini lagi,
tidak mungkin dapat aku bayangkan hidup aku nanti...

NAUZUBILLAH..........

ALLAHUAKBAR...YA ALLAH....

Aku harus bersyukur dengan ketentuan ini,
dengan kecelakaan ini,
mengajar aku erti kesabaran..

SABAR untuk sembuh
SABAR untuk menyuap sesudu makanan
SABAR untuk menghirup minuman
SABAR untuk bercakap

mengajar aku lebih berhati-hati
HATI-HATI dengan bahaya
sememangnya malang tidak berbau

dan juga mengajar aku erti SETIA KAWAN

KAWAN susah dan senang
KAWAN ketawa dan menangis


Syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH
Semoga aku menjadi insan yang lebih sabar dan sentiasa bersyukur

Doaku...
agar semuanya akan kembali seperti sedia kala
agar aku cepat sembuh


AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN......

No comments:

Post a Comment