Open House Berdarah
Georgetown, 18 September 2010:
Kegembiraan staff-staff GSC yg menghadiri majlis rumah terbuka kawan mereka berakhir
apabila salah seorang daripada mereka cedera di mulut akibat mercun yg dimain oleh sekumpulan lelaki, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, mangsa bersama rakan-rakannya yang lain sedang
menjamu selera. Tragedi berlaku apabila lelaki-lelaki terbabit ingin memasang mercun buatan sendiri berdekatan dengan tempat semua tetamu menjamu selera. Apabila api mula dinyalakan, mereka tidak menyedari bahana yang bakal menimpa sehinggalah letupan terakhir yg terjadi begitu kuat sehingga serpihan batu melayang lalu terkena mulut salah seorang teman mereka.
Sejurus kejadian, mangsa terus dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Penduduk-penduduk kampung yang berang dengan tindakan lelaki-lelaki terbabit keluar dan
memarahi mereka.
Mangsa yang dibawa ke klinik diminta untuk terus ke hospital lalu menerima rawatan selanjutnya. Bibir bawahnya yang luka teruk dijahit. Selepas itu, pihak yang bertanggungjawab meminta maaf atas apa yang berlaku.
Mangsa kejadian
ya..aku la mangsa 'bom' tu
ni smpat brgmbar b4 'berdarah'
muka pun semcm.
ptut msa mkn, mcm xberselera je..
Sekian...
p/s: thnx 2 doshi, danial, oya, adik,mira n syaz sbb
teman aku time tu..hehe
teman aku time tu..hehe
No comments:
Post a Comment