Followers

Tuesday, August 2, 2011

Puasa Mesti Ada Kurma



Salam 2 Ramadhan...



cmna posa semlm?? ok ja kn?hehe...skrg dh masuk hari ke2, pejam celik pejam celik, tgkla...sat ja nk raya...dam dam dum...bnyi mercun...kt area umh aku ni, dah ada org main mercun..ishk3...ckp psai mercun?erm..nti la cita mercun...skrg nk cita psl BUAH FAV bila posa..



KURMA






semlm, dpt kurma dr bos...kurma almond lagi....




apa kebaikan kurma time posa2 ni??




Selain atas khasiat utk kesihatan seperti baik utk wanita mengandung (memudahkan kehamilan),dan membunuh kuman dalam badan, ia penting utk kita dlm bulan posa cmni sbb kurma juga berkhasiat utk -KECERDASAN DAN KECERGASAN




sumber dari:http://warmfuzzy.wordpress.com/



ia dpt memberi kita TENAGA



Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.


Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.
Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.



Kurma juga merupakan makanan yg plg sempurna (makanan utama Rasulullah S.A.W)


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :


“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak."


TAMBAHAN lagi, Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.



Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :


“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma,
maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa
biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk
air.
(Hadis riwayat Ahmad)


Semoga amalan kita memakan kurma, berterusan x kira dlm bulan posa or hari2 biasa..


Mudah-mudahan kita dapat meneruskan tugas harian di bulan puasa ni dgn penuh semangat serta memperoleh keberkatan drpd Allah S.W.T...Amin...



p/s: cukup x stok kurma korang??
Selamat Berbuka dgn kurma....








5 comments:

  1. kurma sedap. dapat pahala lagi klau makan. hehe. :)

    ReplyDelete
  2. sdpnye ada almond.. hihi..nak balik pow kurma kat kedah..hihi

    ReplyDelete
  3. @daya: betul tu

    @tqah: p blk kg lekas...kedah blah mna erk?

    ReplyDelete
  4. @AYEEM AYAM: wah..dia dtg komen sini la..thnx bro..suka gila bca blog awk yg gila2 tu...

    ReplyDelete