Followers

Thursday, August 11, 2011

Jumaat~Penghulu Segala Hari #05 : SOLAT SUNAT DHUHA



Salam Jumaat...

JUMAAT ke2 dlm bulan posa ni, Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk meneruskan puasa.Walaupun bru baik dari batuk yg menyakitkan tekak..huk huk...akibat mnum ais n mkn aiskrim time berbuka sabtu lps.. =(


kali ni, rasa nk ckp psl SOLAT SUNAT...klu kira2 blk, byk gila solat sunat yg boleh kita wat...dlm bulan posa ni,pakat la kita wat terawih kn?
tp aku nk HIGHLIGHT psl SOLAT SUNAT DHUHA....sbb, pg2 lg ni kan, seswai la ngn namanya 'DHUHA'..yg bermaksud PAGI...


Jom SOLAT SUNAT DHUHA...

WAKTU:
Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


NIAT:


DOA:





MAKSUD:


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam"




RAKAAT: 2-12 rakaat...2 rakaat pun dh ok...


rakaat pertama: lps Al-Fatihah baca SURAH AS-SYAMS


rakaat ke2: surah AD-DHUHA


kalu x hafal dua2 surah ni, leh jgk bca Al-Kafirun & Al-Ikhlas....Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…








pic nk p terawih..comel tgk bdk2 ni bertelekung,tu yg nak snap ja... =)







p/s:kalu ada salah n silap,mnta diperbetulkan..





1 comment:

  1. nice sharing..bln2 puasa ni elok sgt2 bnykkn solat sunat kn..InsyaAllah..=)

    ReplyDelete